Selamat Datang ... Terima Kasih telah Mampir di Blog ini

Silahkan Anda COPAS Ariticel yang ada di BLOG ini
100% Halal - Hak Cipta Hanya Milik Allah SWT

Kamis, 26 Januari 2012

Al Quran 2012 | Kajian Terhadap Al Quran oleh Ali Adams Berdasarkan Matematik | Apa Bakal Berlaku Pada 2012?




As-Salam.
Siapa Ali Adams nih? Ali Adams, sedikit info mengenai latar pendidikannya; Ali Adams mempunyai kelayakan yang agak hebat iaitu, Ph.D. Intelligent Data, Bournemouth University, UK; M.Sc. Software Engineering, Bournemouth University, UK;M.Sc. Electromagnetic Engineering, Cardiff University, Wales, UK.; B.Sc. Electrical Engineering University of Technology, Baghdad, Iraq.

Menerusi buku yang ditulis olehnya, Al Quran 2012, dia membuat penemuan-penemuan peristiwa yang bakal berlaku pada tahun 2012 berdasarkan kajian menggunakan teori nombor perdana. Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Tahun 2012 di dalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77 dan jumlahnya ialah (13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77) = 1433

1433 merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana. 

Seterusnya,

Dengan kajian tersebut, teori 31 kejadian besar 2012 diungkapkan, berdasarkan penemuan serta pengiraan yang dilakukan olehnya dengan merujuk Al Quran, Surah Ar-Rahman sebagai subjek.

Selanjutnya, dia mencadangkan bahawa akan berlaku 4 peristiwa yang akan berulang sebanyak 31 kali pada tahun 2012 sebelum berlakunya satu peristiwa besar.

Untuk pembacaan lanjut: Quran and Science

Anda boleh melihat huraian lain di sini:

Atau anda boleh lihat dan baca sendiri Al Adams menjawab persoalan2 mengenai Apa Bakal Berlaku Pada 2012 di sini: http://islamfactor.org/index.php?showtopic=5687

Entri ini sebagai ingatan, bahawa Allah Taala tidak akan membiarkan umat manusia berada di dalam kegelapan. Selagi Al Quran itu dijadikan panduan dan rujukan, insyaAllah ... kita sebagai hambaNya boleh beringat sebelum kena. 


Sumber Asal: Al Quran 2012 | Kajian Terhadap Al Quran oleh Ali Adams Berdasarkan Matematik | Apa Bakal Berlaku Pada 2012? | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial